Bagaimana nak memilih sesuatu perniagaan ?

Dari dulu saya sampai sekarang saya perlu menapis setiap pelawaan sahabat2 kita bila mereka mengajak saya kedalam perniagaan mereka. Bukan tak mahu buat tapi terlalu banyak yang mempelawa, tak tahu nak buat mana satu.

Pertama: Nak memulakan sesuatu perniagaan itu, saya rasa, janganlah modalnya terlalu besar, sehingga ramai orang yang tidak mampu menyertainya. Kalau bawah lima ratus ringgit tu, rasanya ok, kalau lebih tu, besar rasa ya...

Sebab kalau perniagaan itu besar modalnya, ada kemungkinan untung besar dan juga ada kemungkinan rugi besar. Biasanya kalau perniagaan tersebut modalnya kecil, maka kemungkinan untung kecil, rugi pun kecil.

MLM atau network pula, ada berbagai jenis, satu, yang bermula dengan modal besar, maintain pun besar, dan berkemungkinan untung besar (1%) dan rugi pun besar (99%)

dan satu lagi saya paling saya jaga dan nanti nantikan kemunculannya, sebab ia jarang2 sekali muncul, modal kecil, maintain kecil, resiko kecil tetapi market sangat besar, maka ia berkemungkinan rugi sedikit tapi untung mungkin sangat besar.

Kedua: Selepas saya memahami mengenai perniagaan tersebut, saya akan tengok samada, jika saya join boleh tak saya buat dan tak menyusahkan orang lain, Sebab apa, kalau kita beri kebaikan pada orang, duit mudah untuk datang kepada kita, tapi kalau kita beri keburukan pada orang, duit lari daripada kita.

Jika perniagaan itu tidak baik, maka berapa banyak sekali pun perniagaan yang anda sertai, hampir mustahil untuk kita berjaya.

Itulah salah satu perkara kenapa ramai diantara kita, sudah perpuluh perniagaan yang disertai, tapi satu pun tak menjadi, cerita melangit tinggi, punyalah bagus perniagaan tersebut, tapi kesudahnya dia sendiri yang tidak mengusahakannya lagi.

Selang beberapa ketika, dia buat satu lagi perniagaan, tak sampai setahun, bila kita jumpa dan bersembang dengan dia, laaaa dah buat bisnes lain pulak dah. Yang lama apa cerita..... maka dia akan menjawab seribu satu alasan untuk seseorang yang sentiasa mundur... company tu tak bagus la, produk susah nak jual la, downline pemalas la, tak mahu bergerak sendiri la.. macam2 alasan, aduuuuuuh,.... semua orang salah...

Ini merupakan perniagaan yang bermula dengan cara offline, dan maju kehadapan juga dengan cara offline.

Saya rasa inilah perniagaan yang paling cepat dapat duit,pagi jual petang dah dapat komisen terus ke dalam akaun bank kita,sebab itu Apabila saya ditawarkan perniagaan ini oleh seorang sahabat saya, saya tak tunggu lagi dah dan terus buat perniagaan ini tanpa teragak2.